twitter
rss


RPH Matematik TH3 - Bentuk dan Ruang

Rancangan  Pengajaran Harian

Mata Pelajaran          : Matematik               
Kelas                         : Tahun 3 Waja    
 Bilangan Murid        : 28 orang
Tarikh                         : 24 April 2012                      
Hari                             : Selasa
Masa                          : 9.10 – 9.40 pagi
Tema                          : Bentuk dan Ruang
Tajuk                           : Bentuk Tiga Dimensi (3-D)

Objektif  Pembelajaran                             
8.1.1 Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan bentuk tiga dimensi (3-D)
Objektif Yang Diharapkan
8.1.1.i Mengenalpasti pelbagai jenis prisma
            Triangle – Rectangle - Square

Hasil Pembelajaran :
Diakhir pembelajaran sekurang-kurangnya 23 daripada 28 orang murid akan dapat:
1.    Mengenal dan menyebut dengan betul nama-nama prisma
2.    Menulis ejaan setiap prisma dengan betul
3.    Menjawab dengan betul 20 daripada 25 soalan lembaran kerja.

Pengisian kurikulum
i). Ilmu                         : Moral
ii). Nilai murni                         : bekerjasama, tolong-menolong, berani
iii) Kemahiran Nilai Tambah
a)    Kecerdasan Pelbagai : Verval Linguistik
b)    Kemahiran Berfikir    : Mentafsir
c)    Pembelajaran kontruktivisme
Pengetahuan sedia ada
i)             Murid sudah pernah melihat bentuk-bentuk tiga dimensi (3-D)
ii)            Murid ada memiliki bentuk-bentuk tiga dimensi seperti pensil, kotak pensil dan getah pemadam.

Bahan bantu mengajar
Komputer riba, bentuk-bentuk 3-D maujud, kad puzzle, buku teks dan lembaran kerja

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah/
Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(3 minit)

Gambar slaid
- Bentuk 3-D
- Bebtuk 2-D

a) Guru tayangkan gambar-gambar bentuk 3-D dan 2-D

b) Guru meminta murid untuk memilih (mengkelaskan) gambar 3-D dan 2-D yang di tayang

c).Guru menjelaskan perbezaan bentuk 3-D dan 2-D

d). Guru jelaskan tajuk pelajaran hari ini iaitu bentuk-bentuk 3-D






BBM
Komputer
Gambar Slaid

Langkah 1
(3 minit)


Gambar slaid
- Perkataan Triangular, Rectangular dan Square
- Bentuk 3-D
Triangular, Square dan Rectangular

a) Guru tayangkan perkataan dan murid mengeja dan menyebut dengan kuat dan betul

b)Guru tayangkan gambar 3 buah bentuk 3-D satu demi satu

c)Guru ulangi aktiviti  a dan b secara kelas, kumpulan dan individu.


KP
Verval- Linguistik

Sebutan dan ejaan


Langkah 2
(4 minit)

Bentuk 3-D Maujud
- Triangular
- Rectangular
- Square

a)Guru berikan setiap kumpulan bentuk-bentuk 3-D (maujud) untuk diteliti dan lebih difahami.

b)Guru menyebut nama-nama bentuk dan setiap kumpulan  tunjukkan bentuk –bentuk tersebut.

c)Guru berikan ganjaran pujian kepada kumpulan yang pantas dan menjawab dengan betul







BBM
Kad Perkataan
Gambar 3-D
Pendekatan direktif
Kemahiran berfikir
Kerjasama
Pemikiran kritis

Langkah 3
(6 minit)

Aktiviti Kumpulan
- Plastisin
- Kad Manila
- Pen White-board


a)Guru berikan plastisin  kepada setiap kumpulan.

b)Guru meminta murid-murid membuat bentuk 3-D secara kumpulan menggunakan plastisin

c). Guru meminta setiap kumpulan menulis semula nama-nama bentuk pada manila kad dan dipamerkan pada setiap bentuk.

d). Guru melihat hasil aktiviti setiap kumpulan dan membuat pengesahan betul atau salah.


BBM
Kemahiran berfikir

Pemikiran kreatif

Nilai murni – bekerjasama, tolong-menolong

Langkah 4

(6 minit)


Aktiviti Kumpulan
-Permainan Ligo


a)Guru berikan permainan Ligo kepada setiap kumpulan.

b)Guru meminta murid-murid membuat bentuk 3-D secara kumpulan menggunakan permainan Ligo

c). Guru meminta setiap kumpulan pamerkan kad perkataan pada setiap bentuk . (Gabungan plastisin dan Ligo)

d). Guru melihat hasil aktiviti setiap kumpulan dan membuat pengesahan betul atau salah.


Kontektekstual

Pemikiran kritis

Langkah 4

(6 minit)


Latihan Penilaian


a)Guru edarkan lembaran kerja kepada setiap murid

b) Guru membincangkan jawapan dengan memaparkan di skrin tayangan

c)Guru memberikan ganjaran kepada murid-murid yang menjawab dengan betul semua soalan


Kontektekstual
Pemikiran kritis

Langkah
5
 (2 minit)


Penutup / Rumusan
-Menghargai bentuk-bentuk dalam kehidupan seharian


a) Guru menyoal semua murid nama-nama bentuk 3-D yang telah dipelajari tadi.
b) Guru mnyoal kepentingan dan kegunaan bentuk-bentuk dalam kehidupan seharian.

Kontektekstual
Pemikiran kritis

0 comments:

Post a Comment